Indonesia, Singapura tubuh pasukan petugas tangani kebakaran hutan

JAKARTA, 27 Oktober – Indonesia dan Singapura bersetuju menubuhkan pasukan petugas bersama bagi memastikan syarikat yang terbabit dalam kebakaran hutan dipertanggungjawabkan, susulan krisis jerebu rentas sempadan.

Menteri Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir berkata, pasukan itu akan memperkukuh perkongsian maklumat, risikan kewangan dan pengumpulan bukti rentas sempadan, termasuk usaha mendapatkan semula aset.

Rakan sejawatannya dari Singapura, Vivian Balakrishnan menyokong cadangan itu dan menegaskan kebakaran hutan serta tanah berpunca daripada tindakan manusia, bukannya fenomena semula jadi.

Menurut pemantau penyahhutanan Nusantara Atlas, lebih 1.9 juta hektar kawasan di Indonesia musnah dalam tempoh sembilan bulan hingga September, manakala jerebu menjejaskan beberapa negara jiran termasuk Malaysia, Singapura dan Timor-Leste.

Krisis itu turut mendorong ASEAN mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pencemaran jerebu rentas sempadan.

Pertemuan kedua-dua menteri berlangsung beberapa hari selepas Indonesia mengumumkan pengurangan eksport gas asli ke Singapura sebanyak 31 juta kaki padu standard sehari bagi mengutamakan permintaan domestik.

Bagaimanapun, isu pengurangan eksport gas itu tidak dibincangkan dalam kenyataan selepas pertemuan berkenaan. – AFP

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *