BERLUMBA ATAU MENDUGA KELAJUAN DI JALAN RAYA ADALAH SATU KESALAHAN

19 Oktober 2026
(Info Ringkas)

Bermula 16 Oktober 2026, Seksyen 42A di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan kesalahan khusus berkaitan perbuatan berlumba atau menduga kelajuan di jalan raya.

🔹 Seksyen 42A(1) – Berlumba
Mana-mana individu yang berlumba di jalan raya dengan melibatkan dua atau lebih kenderaan motor boleh dikenakan tindakan undang-undang.

🔹 Seksyen 42A(2) – Menduga Kelajuan
Mana-mana individu yang mengambil bahagian dalam aktiviti menduga atau menguji kelajuan di jalan raya dengan melibatkan satu atau lebih kenderaan motor juga boleh dikenakan tindakan.

📌 Hukuman jika sabit kesalahan:

Kesalahan pertama Denda RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan kedua dan seterusnya Denda RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

❗ Perlu diingat:
Tindakan di bawah Seksyen 42A tidak perlu menunggu sehingga berlaku kemalangan, kecederaan atau kematian.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menasihatkan semua pengguna jalan raya agar tidak menjadikan jalan awam sebagai tempat berlumba atau menguji kemampuan kelajuan kenderaan. Keseronokan sesaat boleh mengundang risiko kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Pandu dengan berhemah, patuhi undang-undang dan utamakan keselamatan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *