33 Maut, Termasuk Guru Wanita Dalam Tragedi Bumbung Sekolah Runtuh di Pakistan

PESHAWAR, 15 Oktober – Seramai 33 orang, termasuk seorang guru wanita dan kebanyakannya kanak-kanak berusia empat hingga 14 tahun, maut selepas bumbung sebuah sekolah runtuh di Peshawar, Pakistan, pada Khamis.

Kejadian itu turut menyebabkan 20 pelajar cedera, dengan tiga daripadanya mengalami kecederaan parah di kepala dan masih menerima rawatan di hospital.

Pasukan penyelamat bersama penduduk setempat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan. Pihak berkuasa mengesyaki kejadian berpunca daripada kelemahan infrastruktur dan bahan binaan yang tidak menepati piawaian.

Pemilik sekolah dilaporkan telah ditahan, manakala siasatan lanjut dijangka menentukan punca sebenar kejadian serta pihak yang bertanggungjawab.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, dan Presiden Asif Ali Zardari menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi yang menyayat hati.

Insiden berkenaan sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan bangunan di Pakistan, susulan beberapa kejadian runtuhan bangunan yang turut mengorbankan nyawa, termasuk kanak-kanak.

– AFP

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *