




CYBERJAYA, 7 Oktober 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) hari ini mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform e-dagang serta
kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelaras langkah dan tindakan bersama untuk
memperkukuh perlindungan pengguna serta keselamatan ekosistem e-dagang negara.
Sesi ini merupakan tindakan susulan terhadap kebimbangan awam berkaitan
keselamatan pengguna dan pematuhan undang-undang dalam ekosistem e-dagang,
selaras dengan penekanan Menteri Komunikasi, Datok Seri Fahmi Fadzil, mengenai
keperluan memperkukuh kawal selia melalui kerjasama antara kementerian, agensi
penguatkuasaan dan penyedia platform.
Selain aspek keselamatan dan perlindungan pengguna, sesi ini turut menekankan
keperluan mewujudkan persekitaran perniagaan yang seimbang antara perniagaan dalam
talian dan premis fizikal.
Perbincangan turut mengambil kira maklum balas perusahaan
kecil dan sederhana (PKS) serta sektor peruncitan mengenai kesan perkembangan e-
dagang terhadap perniagaan mereka, termasuk implikasinya kepada industri kurier.
Perbincangan ini juga memberi tumpuan kepada tanggungjawab platform untuk
memperkukuh pengesahan identiti penjual dan mengambil langkah sewajarnya bagi
memastikan produk yang ditawarkan mematuhi keperluan undang-undang dan
ketetapan agensi berkuasa berkaitan.
Platform juga perlu meningkatkan pemantauan dan penggunaan teknologi bagi
mengesan serta mengambil tindakan pantas terhadap penyenaraian barangan terlarang,
berbahaya atau tidak mematuhi undang-undang.
Semua usaha ini adalah untuk memenuhi keperluan mekanisme kerjasama yang lebih
tersusun antara platform dan agensi kerajaan, serta siasatan dan tindakan
penguatkuasaan oleh agensi berkaitan, mengikut bidang kuasa masing-masing dan
tertakluk kepada undang-undang yang terpakai.
MCMC akan meneruskan penyelarasan bersama kementerian, agensi kerajaan dan pihak
industri bagi memastikan langkah susulan yang praktikal dalam memperkukuh
perlindungan pengguna, pematuhan undang-undang dan akauntabiliti platform ke arah
ekosistem e-dagang yang lebih selamat dan dipercayai.
Wakil daripada penyedia platform e-dagang, kementerian dan agensi kerajaan seperti
tertera di bawah:
Penyedia Platform E-Dagang (9)
- Grab
- Lazada Malaysia / Alibaba
- Facebook Marketplace (dalam talian)
- Pinduoduo (dalam talian)
- SHEIN (dalam talian)
- Shopee Malaysia
- TikTok Shop
Agensi berkaitan (11)
- Kementerian Komunikasi (KK)
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup (KPDN) - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan
Makanan (KPKM) - Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
- Suruhanjaya Tenaga (ST)
- SIRIM Berhad
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian
(Online Safety Committee) - Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (CMCF)
