Pelan Pemulihan Gaza AS$2.45 Bilion Dibentang

NEW YORK, 24 September – Lembaga Keamanan yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, membentangkan pelan pemulihan Gaza bernilai AS$2.45 bilion yang dicadang dilaksanakan dalam tempoh enam bulan.

Pelan itu merangkumi 66 projek, termasuk penyediaan penempatan sementara, pembersihan runtuhan, pembangunan pengangkutan awam, infrastruktur serta pemulihan ekonomi.

Ia turut mencadangkan demilitarisasi Gaza, termasuk penyerahan senjata Hamas dan pengunduran tentera Israel dari wilayah berkenaan.

Wakil Tinggi Lembaga Keamanan bagi Gaza, Nickolay Mladenov, berkata rundingan berhubung pelan itu masih kompleks dan sensitif, namun kemajuan dicapai secara beransur-ansur.

Menurut PBB, sekitar 84 peratus struktur di Gaza rosak atau musnah, dengan jumlah kerosakan dianggarkan AS$35.2 bilion, manakala kos pemulihan keseluruhan mencecah kira-kira AS$71.4 bilion.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *