
NEW YORK, 24 September – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menegaskan Islamabad kekal komited menjadi pengantara antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) bagi meredakan ketegangan kedua-dua negara.
Beliau berkata Pakistan tidak berputus asa walaupun perkembangan selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Islamabad yang melibatkan Pakistan, Iran dan AS sukar dijangka.
Sharif turut memaklumkan rundingan lanjut antara Iran dan AS masih berlangsung, dengan negara sahabat terus menyumbang kepada usaha mencapai keamanan.
– REUTERS
