KENYATAAN MEDIA Untuk Siaran Segera

INSIDEN PENUMPANG TERJATUH KE LANDASAN DI STESEN WANGSA MAJU

KUALA LUMPUR, 22 September 2026 – Rapid KL ingin memaklumkan bahawa satu insiden melibatkan seorang penumpang dipercayai pitam sebelum terjatuh ke atas landasan di Stesen Wangsa Maju pada jam 6.52 pagi tadi.

Sejurus insiden berlaku, sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) telah diaktifkan dan bekalan kuasa ke landasan diputuskan sementara sebagai langkah keselamatan dan menyebabkan perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya mengalami sedikit kelewatan.

Penumpang terlibat kemudiannya berjaya dibawa keluar dari kawasan landasan oleh petugas stesen dan dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan awal.

Penumpang yang berasa kurang sihat atau memerlukan pertolongan di stesen atau platform disarankan untuk mendapatkan bantuan dari Polis Bantuan atau petugas stesen. Selain itu, penumpang juga dinasihatkan supaya sentiasa berada di belakang garisan kuning ketika berada di platform sebagai langkah keselamatan semasa menunggu tren.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *