Riyadh diserang, kebakaran tercetus berhampiran lapangan terbang

RIYADH, 20 September – Kebakaran tercetus di sebuah depoh bahan api berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid selepas kumpulan Houthi di Yaman mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas beberapa sasaran di Riyadh.

Rakaman yang disahkan AFP menunjukkan kepulan asap hitam berhampiran kawasan lapangan terbang, manakala anggota bomba dilihat memadam kebakaran pada sebuah tangki bahan api milik Saudi Aramco.

Jurucakap Houthi, Yahya Saree, mendakwa serangan itu menyasarkan lokasi strategik di Riyadh serta kemudahan Aramco di Yanbu sebagai tindak balas terhadap serangan udara Arab Saudi ke atas Sanaa.

Arab Saudi sebelum itu mengeluarkan amaran serangan udara kepada penduduk Riyadh. Gangguan turut dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid sebelum operasi penerbangan kembali seperti biasa.

Ketegangan itu berlaku ketika konflik antara Arab Saudi dan Houthi kembali memuncak, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan lebih 112,000 penduduk kehilangan tempat tinggal sejak pertempuran meningkat pada Julai lalu. – AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *