HUJAN LEBAT HAMPIR TIGA JAM, TANAH RATA DILANDA BANJIR KILAT

TANAH RATA, 11 September — Hujan lebat hampir tiga jam menyebabkan beberapa kawasan di Tanah Rata dilanda banjir kilat petang tadi, dengan kira-kira lima hingga enam rumah dilaporkan terjejas.

Antara kawasan yang menerima kesan ialah perumahan Golden Hills dan sekitar Taman Agro Teknologi MARDI.

Beberapa perabot rumah termasuk sofa dilaporkan mengalami kerosakan akibat dinaiki air.

Banjir berkenaan dipercayai berpunca daripada limpahan sungai berhampiran serta sistem perparitan yang tersumbat, terutama di sekitar kawasan Golden Hills.

Kejadian kali ini turut dilaporkan lebih teruk berbanding banjir yang berlaku di kawasan sama kira-kira dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan kemudahan awam dilaporkan setakat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, tanah runtuh kecil turut berlaku di Jalan Tengkolok, namun tiada kecederaan dilaporkan. Jalan berkenaan bagaimanapun jarang digunakan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *