

KOTA KINABALU, 11 September 2026 – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilihat sebagai komitmen nasional dan tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia.
Menurut beliau, MA63 tidak seharusnya kekal sebagai catatan sejarah pembentukan negara, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada dasar dan tindakan yang memberi makna kepada masa depan Malaysia.
Antara keputusan utama Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) ialah persetujuan pada prinsip untuk meningkatkan perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.
Kerajaan turut bersetuju dengan penambahan RM1.5 bilion kepada Sabah sebagai langkah interim berkaitan pembayaran 40 peratus.
Anwar berkata, MA63 perlu terus diangkat sebagai National Policy, National Commitment dan National Narrative — dasar yang diterjemahkan melalui tindakan, komitmen yang dilaksanakan secara berterusan serta naratif nasional yang mampu menyatukan seluruh rakyat.
Beliau menegaskan, pendekatan terhadap MA63 perlu berorientasikan masa depan, dengan pelaksanaannya menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
MA63 bukan sekadar sejarah pembentukan Malaysia, tetapi amanah bersama yang perlu diteruskan demi masa depan seluruh rakyat.
