
SIARAN MEDIA
BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG
JABATAN PERDANA MENTERI
MESYUARAT LEMBAGA PENGAMPUNAN KE-63 BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA PADA 11 SEPTEMBER 2026
PUTRAJAYA, 11 September 2026 β Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah diadakan pada 11 September 2026.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim telah berkenan untuk membebaskan 65 banduan pada 11 September 2026.
Semua banduan bukan warganegara hendaklah diusir dan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh 6 bulan selepas dibebaskan.
KDYMM SPB juga berkenan supaya permohonan pengampunan YBhg. Datoβ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.
BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG
JABATAN PERDANA MENTERI
11 SEPTEMBER 2026
