




8 September 2026
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri meluangkan masa menghadiri sesi libat urus bersama pekebun kecil dan pengusaha sektor agrikomoditi di Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), meliputi sektor sawit, getah, koko, kenaf, lada serta industri perkayuan.
Sesi ini memberi ruang kepada para pekebun kecil dan pengusaha untuk menyampaikan secara langsung pandangan, cadangan serta cabaran yang dihadapi kepada YAB Perdana Menteri.
Input yang dikemukakan turut menjadi antara pertimbangan penting Kerajaan dalam merangka keutamaan Belanjawan 2027, khususnya bagi memperkukuh daya tahan sektor agrikomoditi serta meningkatkan kesejahteraan komuniti yang bergantung kepada sektor ini.
