
ISLAMABAD, 8 September – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengecam serangan kumpulan Houthi yang menyasarkan kemudahan awam dan infrastruktur tenaga di Arab Saudi, termasuk aset milik Saudi Aramco.
Serangan menggunakan peluru berpandu dan dron itu menyasarkan beberapa lokasi di selatan Arab Saudi, termasuk Khamis Mushait, Abha, Najran dan Jazan, menyebabkan lebih 70 orang cedera.
Beberapa kemudahan minyak dilaporkan terbakar susulan serangan berkenaan.
Shehbaz berkata tindakan menyasarkan kemudahan awam dan tenaga itu merupakan perbuatan pengecut serta membimbangkan dari sudut keselamatan serantau.
Serangan tersebut meningkatkan lagi ketegangan di Asia Barat, khususnya antara Houthi dan Arab Saudi, ketika konflik serantau terus merebak.
Houthi yang menguasai sebahagian besar kawasan berpenduduk di Yaman, termasuk ibu negara Sanaa, mendakwa serangan itu sebagai operasi besar-besaran jauh ke dalam wilayah Arab Saudi.
Arab Saudi kemudian dilaporkan melancarkan serangan udara terhadap kedudukan Houthi di daerah Jubah, timur Sanaa.
– REUTERS
