Jerebu Indonesia jejas negara jiran

JAKARTA, 5 September – Kebakaran hutan dan tanah di Indonesia menyebabkan jerebu tebal melanda beberapa kawasan negara itu serta merebak ke Malaysia, Singapura dan Filipina.

Hampir 300,000 hektar kawasan di Indonesia dilaporkan terbakar sepanjang tahun ini, dengan kebakaran tertumpu di Borneo dan Sumatera.

Menurut Copernicus Atmosphere Monitoring Service (CAMS), kebakaran antara 28 Ogos hingga 3 September menghasilkan lebih 23 juta tan metrik pelepasan karbon, melebihi jumlah bagi tempoh sama pada 2015.

Keadaan kering akibat fenomena El Nino serta aktiviti pembukaan tanah menggunakan kaedah tebang dan bakar dipercayai menyumbang kepada penyebaran kebakaran.

Kebakaran di kawasan tanah gambut turut menyukarkan usaha pemadaman kerana kawasan berkenaan mudah terbakar apabila kering.

Jerebu memberi kesan kepada kesihatan awam apabila lebih lima juta penduduk di Borneo dan Sumatera terdedah kepada risiko pencemaran udara, manakala lebih 1.4 juta pelajar terpaksa mengikuti pembelajaran dari rumah.

Di Malaysia, peningkatan pencemaran udara turut menyebabkan hampir 650 sekolah di Serian, Sarawak ditutup.

Indonesia kini berhubung dengan negara ASEAN bagi menangani isu jerebu rentas sempadan dan memperkukuh langkah susulan.

-AFP

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *