
GREECE, 6 September — Dua juruterbang maut selepas jet pejuang F-4 Phantom terhempas ketika melakukan persembahan di Pangkalan Udara Tanagra, Greece, Sabtu.
Tiada penonton atau penduduk sekitar dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Punca nahas masih disiasat, manakala orang ramai diarahkan meninggalkan kawasan berkenaan. Pertunjukan Minggu Penerbangan Athens diadakan setiap September dan telah berlangsung di pangkalan itu sejak 12 tahun lalu. -REUTERS
