
YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN ISYTIHAR DARURAT
DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK
4 September 2026
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Sultan Ibrahim, telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian
Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap
pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang
ramai.
Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana
Menteri dan YAB Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan mengenai
tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.
Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi
melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan
memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera,
termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan
kepada orang ramai.
PEJABAT PERDANA MENTERI
4 September 2026
