JENAYAH SIBER TIDAK MENGENAL SEMPADAN

Jenayah siber hari ini bukan lagi ancaman yang terbatas kepada sesebuah individu, organisasi atau negara. Perkembangan teknologi dan keterhubungan dunia digital telah membuka ruang kepada sindiket jenayah untuk beroperasi merentasi sempadan dengan menggunakan kaedah serta peralatan yang semakin moden dan canggih.

Hakikat ini menjadikan jenayah siber sebagai satu cabaran keselamatan yang kompleks dan memerlukan pendekatan menyeluruh. Kerugian yang dicatatkan pada peringkat global menunjukkan bahawa impak jenayah siber bukan sahaja melibatkan kehilangan wang, malah turut memberi kesan kepada keselamatan data, keyakinan masyarakat, kestabilan organisasi dan kesejahteraan ekonomi.

Justeru, masyarakat perlu sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pautan, panggilan, mesej atau tawaran yang mencurigakan. Pada masa yang sama, kerjasama antara agensi penguatkuasaan, sektor swasta, pakar keselamatan siber dan rakan antarabangsa perlu terus diperkasakan bagi memastikan ancaman ini dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *