ANCAMAN BERUBAH, TANGGUNGJAWAB KEKAL

Kemerdekaan bukan sekadar tentang kebebasan yang telah kita kecapi, tetapi tentang tanggungjawab untuk mempertahankan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara daripada setiap ancaman yang boleh merosakkan masa depan rakyat.

Ancaman terhadap negara juga tidak lagi hanya hadir dalam bentuk senjata dan penjajahan. Hari ini, dadah menjadi antara ancaman yang mampu merosakkan generasi, keluarga dan masyarakat.

Dadah bukan sekadar memberi kesan kepada individu yang terjebak. Kesannya turut mampu meruntuhkan institusi keluarga, menjejaskan kesejahteraan masyarakat, mencetuskan pelbagai masalah sosial dan akhirnya memberikan kesan kepada keselamatan serta pembangunan negara.

Justeru, usaha memerangi ancaman dadah perlu menjadi tanggungjawab bersama, bermula daripada keluarga, masyarakat, komuniti, institusi pendidikan sehinggalah kepada agensi kerajaan dan penguatkuasaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *