
CONAKRY, 24 Ogos – Seramai 30 orang maut manakala enam lagi cedera parah selepas timbunan sampah di tapak pelupusan Dar-es-Salam, Conakry, runtuh dan menghempap rumah berhampiran susulan hujan lebat.
Kejadian kira-kira 2 pagi itu mencetuskan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa yang masih tertimbus.
Perdana Menteri Amadou Oury Bah meninjau lokasi kejadian, manakala kerajaan menyediakan rawatan dan bantuan kepada mangsa terjejas.
Tapak pelupusan berkenaan dijadual ditutup pada 23 Ogos, selepas kerajaan sebelum ini mengarahkan penduduk sekitar berpindah susulan risiko runtuhan. – AFP
