
Kerajaan semalam mengumumkan tentang pembinaan bilik-bilik darjah baharu di seluruh negara yang menelan belanja RM668 juta.
Projek pembinaan bilik darjah tambahan itu adalah
bagi memenuhi keperluan pertambahan murid Tahun 1 bagi sesi Kalendar Akademik 2027.
Semua projek di bawah Kementerian Pendidikan itu dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai agensi melaksanakan pembinaannya.
Melalui peruntukan RM668 juta itu, ia adalah melibatkan 524 projek yang dengan pembinaan sebanyak 1,780 bilik darjah tambahan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Ia merangkumi pembinaan 1,255 bilik darjah aliran perdana dan
525 bilik darjah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
bagi menampung pertambahan sebanyak 43,925 murid aliran perdana
dan 5,250 murid aliran PPKI.
KPM melalui JKR Sarawak pula melaksanakan 84 projek di negeri tersebut yang melibatkan pembinaan 210 bilik darjah tambahan
yang merangkumi 140 bilik darjah aliran perdana dan 70 bilik darjah PPKI
dengan anggaran kos sebanyak RM81.5 juta bagi menampung
pertambahan sebanyak 4,900 murid aliran perdana dan 700 murid
aliran PPKI.
Manakala di Sabah pula, KPM melaksanakan 73 projek melibatkan
pembinaan 112 bilik darjah tambahan yang merangkumi 92 bilik darjah
perdana dan 20 bilik darjah PPKI dengan anggaran kos sebanyak
RM58 juta bagi menampung pertambahan sebanyak 3,920 murid
aliran perdana dan 200 murid aliran PPKI.
Menurut laporan terkini, beberapa projek telah berjaya disiapkan mendahului jadual
(ahead of time – AOT) termasuk SK Durian Mas, SK Banggol Peradong dan
SK Kampong Tengah di Terengganu.
Projek lain dijangka siap sepenuhnya
secara berperingkat menjelang bulan Disember 2026 untuk persediaan
menerima pertambahan murid Tahun 1 pada sesi akademik yang akan
datang.
Ini bermakna, sebelum sesi persekolahan 2027 bermula, adalah dijangka semua bilik darjah tambahan itu akan siap dibina.
Tanpa keraguan, pembinaan projek bilik darjah tambahan yang sedang giat berjalan di seluruh negara ini adalah cerminan komitmen jitu Kerajaan terhadap agenda pendidikan negara dan bagi memastikan pelaksanaan kemasukan murid umur enam tahun ke Tahun 1 berjalan lancar seperti yang dirancang.
Semua ini adalah gambaran komitmen Perdana Menteri yang menyeluruh dalam bidang pendidikan negara.
Jika kira lihat sejak awal Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara, beliau memang memberi fokus yang tinggi kepada pendidikan negara.
Selain berkaitan dasar, kemudahan untuk guru, sekolah dan pelbagai bantuan kepada murid, malah sehingga kepada kebersihan dan pembinaan tandas turut menjadi keutamaan beliau.
Memperkenalkan kemasukan murid ke sekokah rendah seawal usia 6 tahun juga adalah idea yang muncul dan dilaksana di era pentadbirannya.
Diharapkan, dengan siapnya bilik-bilik darjah tambahan itu, bermula tahun depan, bukan saja murid-murid secara keseluruhannya lebih selesa menimba, malah menandakan bermulanya gelombang mencerdikkan rakyat yang mampu memberi lebih kebaikan kepada masa depan negara.
