TERIMA KASIH PMX DAN KERAJAAN MADANI

19 Ogos 2026

MAJLIS LIBAT URUS BELANJAWAN 2027: SUARA RAKYAT TERUS MENJADI ASAS PERANCANGAN BELANJAWAN

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2026 β€” Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 yang berlangsung pada Selasa merupakan antara usaha berterusan Kerajaan MADANI mendapatkan pandangan, cadangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak dalam memastikan penyediaan Belanjawan 2027 benar-benar responsif terhadap keperluan rakyat serta cabaran ekonomi semasa.

  • Sesi libat urus ini penting bagi memastikan dasar dan keutamaan perbelanjaan Kerajaan disusun berdasarkan keadaan ekonomi semasa, kedudukan fiskal negara serta keperluan pembangunan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
  • Belanjawan 2027 juga dijangka terus berpaksikan kerangka Ekonomi MADANI, dengan penekanan terhadap pengukuhan ekonomi, peningkatan kesejahteraan rakyat, tatakelola yang baik serta pengurusan kewangan awam yang bertanggungjawab. Kerangka tersebut turut perlu mengambil kira hala tuju Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) serta perkembangan ekonomi domestik dan global.
  • Dalam masa sama, Kerajaan perlu mengekalkan disiplin fiskal bagi memastikan perbelanjaan awam dilaksanakan secara berhemah, bersasar dan berimpak tinggi. Perkara berkaitan hasil negara, subsidi, perlindungan sosial, kos sara hidup, pembangunan ekonomi serta penyampaian perkhidmatan awam menjadi antara pertimbangan penting dalam merangka keutamaan Belanjawan 2027.
  • Kerajaan MADANI juga telah menegaskan bahawa sebarang dasar fiskal perlu mengambil kira keupayaan kewangan negara serta keadaan ekonomi semasa. Unjuran fiskal akan dikemas kini berdasarkan perkembangan ekonomi dan prestasi hasil serta perbelanjaan sebelum Belanjawan 2027 dibentangkan.
  • Pendekatan libat urus ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan penyediaan belanjawan tidak hanya berasaskan angka dan peruntukan, tetapi turut mengambil kira realiti kehidupan rakyat, keperluan sektor ekonomi serta aspirasi pemegang taruh di seluruh negara.
  • Belanjawan 2027 sewajarnya menjadi instrumen untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negara, memperluas peluang pekerjaan dan pendapatan, meningkatkan kualiti perkhidmatan awam serta memastikan bantuan dan perlindungan sosial terus disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Sumber: Facebook YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia;

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *