PLATFORM INFRASTRUKTUR AI BERDAULAT JAMIN DATA KERAJAAN LEBIH SELAMAT DAN DILINDUNGI

KUCHING, 18 OGOS – Platform Infrastruktur Kecerdasan Buatan (AI) Berdaulat akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

Pengerusi Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata ini termasuk memastikan data kerajaan kekal selamat dan dilindungi.

Katanya, platform itu turut akan memudahkan agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan dengan memudahkan urusan yang dibuat secara manual.

Tan Sri Dr George Chan berkata demikian pada Majlis Pelancaran Infrastruktur AI Berdaulat Sarawak di Kuching.

Mengulas lanjut katanya, platform yang dibangunkan bagi memastikan penggunaan AI lebih selamat, terkawal dan berasaskan data tempatan.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Premier Sarawak.

Premier turut menyaksikan sesi Memorandum Kerjasama (MoC) SAINS dan Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi meneroka penggunaan AI dan AI Generatif dalam menyokong inisiatif sektor tenaga.

Kerjasama itu menggabungkan kepakaran AI SAINS dengan kepakaran SEB dalam sektor utiliti, khususnya dalam pembangunan AI secara bertanggungjawab, pengurusan data yang selamat serta aplikasi AI praktikal.

DEBBIE AMANDA
Foto:JAPEN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *