KWSP MEMPERKENALKAN E-PEMBELAJARAN

18 Ogos 2026

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan e-Pembelajaran KWSP, sebuah platform pembelajaran digital yang membantu masyarakat memahami asas pengurusan kewangan dengan lebih mudah dan tersusun.

Platform ini menyediakan kandungan yang praktikal, sistematik dan mudah difahami, membolehkan pengguna meningkatkan pengetahuan serta kefahaman berkaitan pengurusan kewangan mengikut keperluan masing-masing.

Pembelajaran boleh diakses secara dalam talian, pada bila-bila masa dan secara percuma, sekali gus memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk mempelajari asas kewangan mengikut keselesaan sendiri.

Inisiatif ini mencerminkan usaha KWSP dalam memperluas literasi kewangan dan membantu masyarakat membuat keputusan kewangan yang lebih berpengetahuan serta bertanggungjawab.

“Tak kenal, maka tak cinta. Begitu juga dengan kewangan anda.”

“Knowledge is power.”

SUMBER: Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *