
SHAH ALAM, 12 Ogos – Seorang warga emas berusia 66 tahun dan anak saudaranya, kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, Klang, petang tadi.
Menurut JBPM Selangor, kedua-dua mangsa ditemukan di dua tandas berasingan di tingkat dua bangunan selepas operasi pemadaman selesai pada 6.33 petang.
Dua lagi mangsa berjaya diselamatkan orang awam selepas mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan.
.
