
PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pagi ini mempengerusikan dua perbincangan penting melibatkan hala tuju Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta isu pelarian.
Kedua-dua perkara ini memerlukan penelitian menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk perkembangan semasa, cabaran di lapangan serta pendekatan yang perlu diambil bagi memastikan tindakan yang dilaksanakan kekal relevan dan berkesan.
Perbincangan seumpama ini penting bagi memastikan setiap langkah yang dirangka bukan sekadar memenuhi keperluan semasa, tetapi turut bersifat praktikal, berasaskan pertimbangan yang menyeluruh serta selaras dengan keadaan semasa.
