
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Penangguhan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan memberi ruang kepada institusi itu melaksanakan syor pemulihan serta memperkukuh kedudukan kewangannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, TH telah melaksanakan pelan pemulihan sejak 2018, namun masih berdepan cabaran termasuk pengurusan aset legasi yang kurang berdaya saing dan bermasalah.
Menurut beliau, kerajaan turut mengambil kira krisis keyakinan pada 2019 apabila kira-kira RM6 bilion dikeluarkan pendeposit dalam tempoh singkat.
Kini, setelah kedudukan TH dilihat lebih kukuh, Kerajaan MADANI memilih untuk mendedahkan laporan berkenaan kepada rakyat.
