LAWATAN YB MENTERI DALAM NEGERI KE ATAS KELUARGA MANGSA RENJATAN ELEKTRIK DI BEAUFORT

KETEREH, 12 Ogos 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini mengadakan lawatan kebajikan ke atas keluarga Allahyarham L/Kpl Mohamad Nur Hafiz bin Rahim yang meninggal dunia akibat renjatan elektrik di Beaufort, Sabah minggu lalu.

Lawatan YB Menteri ke rumah keluarga mangsa di Ketereh, Kelantan ini bagi menzahirkan rasa simpati dan sokongan kepada keluarga Allahyarham, selain memastikan aspek kebajikan waris mendapat perhatian sewajarnya.

Dalam kunjungan berkenaan, sejumlah sumbangan daripada Ibu Pejabat Kontinjen Sabah dan Kelantan serta bayaran pampasan kematian Allayarham sebagai anggota Koperasi Polis turut disampaikan kepada balu Allayarham.

YB Menteri turut menyatakan, semua bayaran dan faedah lain yang layak diterima waris diproses secara segera bagi meringankan beban isteri Allahyarham iaitu Fatimah Syairah binti ZahrulSaharudin serta anak lelaki mereka yang berusia dua tahun.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *