453 MAJIKAN SEDIA MENERIMA PROSPEK

27 Julai 2026

Pemadanan Pekerjaan Membantu Prospek Membina Masa Depan

Seramai 453 majikan kini bersedia membuka peluang pekerjaan kepada prospek Jabatan Penjara Malaysia yang telah berjaya menamatkan latihan kemahiran TVET. Inisiatif ini membuktikan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memperkukuh proses pemulihan melalui pemadanan pekerjaan yang memberi manfaat kepada prospek, majikan dan masyarakat.

“Pemulihan yang berkesan ialah apabila prospek diberi peluang untuk kembali berdikari, memperoleh pekerjaan yang bermaruah dan menyumbang semula kepada keluarga serta masyarakat.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Melalui pendekatan ini, prospek bukan sahaja memperoleh pekerjaan dan menerima gaji, malah terus dipantau oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi memastikan proses integrasi semula ke dalam masyarakat berjalan dengan teratur. Pendekatan ini turut membantu meningkatkan kebolehpasaran prospek serta mengurangkan risiko pengulangan jenayah melalui peluang pekerjaan yang sah dan mampan.

Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasa pembangunan modal insan secara inklusif, sekali gus memberi peluang kedua kepada prospek agar dapat membina masa depan yang lebih baik bersama keluarga.

Sumber:
Sidang Media YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail sempena Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia, Tanjung Piandang, Perak.
25 Julai 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *