Agenda pendidikan mesti dijadikan keutamaan – PMX

25 Julai 2026

Perdana Menteri menegaskan, agenda pemerkasaan kaum India mesti memberi keutamaan kepada aspek pendidikan yang berkualiti.

Turut menjadi keutamaan, katanya ialah tentang kebajikan yang menyeluruh, peningkatan kemahiran serta penyediaan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penekanan demikian dalam pertemuannya dengan ketua-ketua masyarakat India di pejabatnya.

Dalam hal berkaitan, beliau juga mengingatkan agar MITRA dan semua agensi berkaitan harus turun padang, mendekati masyarakat, mengenal pasti keperluan sebenar di lapangan dan memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

โ€œHanya dengan pendekatan yang berteraskan ihsan, kebertanggungjawaban dan tata kelola yang baik, kita dapat memastikan tiada kelompok yang tercicir daripada arus pembangunan negara,โ€ tambahnya.

Anwar menegaskan, negara ini mempunyai peluang yang adil untuk semua orang melakar masa depan yang lebih baik bagi kehidupan mereka.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *