PPS PERKUKUH KESELAMATAN SEKOLAH

Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) terus memainkan peranan penting dalam memastikan institusi pendidikan kekal sebagai persekitaran yang selamat, kondusif dan harmoni. Melalui pemantauan berterusan serta kerjasama erat bersama pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti, pelbagai aspek keselamatan dapat diperkukuh demi kesejahteraan murid di seluruh negara.

“Keselamatan anak-anak di sekolah adalah keutamaan. KDN bersama PDRM akan terus memperkukuh peranan Pegawai Perhubungan Sekolah bagi memastikan setiap sekolah kekal sebagai ruang yang selamat untuk belajar dan membina masa depan.”
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Menteri Dalam Negeri

Pegawai Perhubungan Sekolah yang terdiri daripada pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di setiap daerah bukan sahaja memberi tumpuan kepada isu buli, malah memantau semua aspek keselamatan yang melibatkan murid. Pada masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut memperkukuh usaha pencegahan melalui penglibatan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sekolah-sekolah bagi meningkatkan kesedaran serta membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih selamat.

Inisiatif ini dilaksanakan secara berterusan di seluruh negara melalui program libat urus bersama warga sekolah dan ibu bapa sebagai langkah proaktif dalam memperkukuh budaya keselamatan serta kesejahteraan murid.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) | Kulim, Kedah | 22 Julai 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *