
PENDIDIK BERKUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN NEGARA
17 Julai 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa asas kepimpinan yang cemerlang bermula dengan sikap tidak cepat berpuas hati terhadap pencapaian diri, sebaliknya sentiasa berusaha memperbaiki mutu kerja, memperkukuh ilmu, akhlak, ibadah serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh ihsan dan professionalisma
Beliau berkata, seorang pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah berperanan sebagai teladan yang sentiasa bersedia menimba pengetahuan baharu, menerima perubahan serta meningkatkan kualiti diri demi melahirkan generasi yang berdaya saing.
Menurut Perdana Menteri, dalam era yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), transformasi digital dan peralihan tenaga, bakal guru serta pemimpin masa hadapan perlu berani berinovasi, menguasai kemahiran baharu dan menyesuaikan pendekatan pedagogi dengan keperluan semasa.
Pandangan tersebut dikongsikan ketika sesi Temu Anwar Bersama Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik Nilai, yang menjadi platform untuk memberi inspirasi kepada bakal pendidik agar terus memperkukuh penguasaan ilmu, meningkatkan kemahiran, mempererat kerjasama dengan industri serta mengekalkan semangat untuk terus belajar dan memimpin perubahan.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa generasi muda Malaysia memiliki potensi besar untuk memacu masa depan negara, sekiranya mereka terus diperkasa dengan ilmu, nilai murni dan budaya kecemerlangan.
Sumber: FB Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
Sorotan Berita Jendela Madani
