
17 Julai 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia mencatat pertumbuhan 5.8 peratus pada suku kedua 2026, meningkat berbanding 5.4 peratus pada suku pertama, sekali gus mengatasi unjuran median ahli ekonomi sebanyak 5.2 peratus.
Menurut beliau, prestasi tersebut membuktikan ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan yang kukuh meskipun berdepan cabaran global seperti ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan perdagangan antarabangsa.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa reformasi serta dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lalu telah memperkukuh asas ekonomi negara, sekali gus meningkatkan keyakinan Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi dunia.
Beliau berkata, pencapaian ini mengukuhkan iltizam kerajaan untuk meneruskan agenda reformasi, memperkasa daya tahan ekonomi, serta memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan tanggungjawab fiskal.
Kerajaan MADANI, katanya, akan terus berusaha memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti, peningkatan pendapatan dan taraf hidup yang lebih sejahtera serta bermaruah demi manfaat seluruh rakyat.
Sumber: FB Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
Sorotan Berita Jendela Madani
