IMPAK KRISIS BEKALAN GLOBAL

10 Julai 2026

1,330 Tangkapan Direkodkan Hasil Operasi Penguatkuasaan Bersepadu KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membanteras penyeludupan, jenayah rentas sempadan serta aktiviti yang mengancam keselamatan negara.

β€œTiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang. Kerjasama rentas agensi akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara dan rakyat dilindungi.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Bagi tempoh 12 April hingga 4 Julai 2026, operasi penguatkuasaan bersepadu telah merekodkan:

βœ… 1,330 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan di seluruh negara.

Pecahan tangkapan mengikut agensi adalah seperti berikut:

  • 731 tangkapan – PDRM (JSJ D3)
  • 357 tangkapan – PDRM (KDNKA)
  • 144 tangkapan – APMM
  • 98 tangkapan – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan pendekatan Smart Enforcement yang dilaksanakan secara menyeluruh melalui kerjasama strategik rentas agensi dalam memperkukuh kawalan sempadan, membanteras jenayah rentas negara dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri | 5 Julai 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *