



Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
10 JUN 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Takaichi Sanae dan anggota pentadbiran Jepun di Kantei, sebagai acara kemuncak lawatan rasmi saya ke Jepun yang berakhir hari ini.
Ketibaan beliau di Kantei disambut Takaichi sebelum diberikan kawalan kehormatan, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Jepun.
Anwar berkata lawatan rasmi ini merupakan detik penting dalam memperkukuh hubungan istimewa Malaysia-Jepun yang terjalin sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara bermula pada tahun 1957.
SEBAGAI SAHABAT RAPAT
“Sejak itu, Malaysia dan Jepun terus berkembang sebagai sahabat rapat serta rakan strategik yang saling dipercayai,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau berkata dalam suasana dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu, hubungan erat ini menjadi semakin penting kerana kedua-dua negara berkongsi kepentingan dalam memperkukuh keterjaminan tenaga, daya tahan ekonomi, pembangunan teknologi serta kestabilan serantau.
“Insya-Allah, kunjungan ini akan terus memperkukuh ikatan persahabatan yang sekian lama terjalin serta membuka ruang kerjasama baharu yang lebih luas demi kemakmuran bersama Malaysia dan Jepun,” tambah beliau. – JM
