PERDANA MENTERI UMUM PERUNTUKKAN TAMBAHAN RM1 JUTA UNTUK ANAK-ANAK MISKIN DI AIMST UNIVERSITY

BEDONG, 7 JUN: Peruntukkan tambahan berjumlah RM1 juta diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk anak-anak miskin di AIMST University di sini.

Peruntukkan tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan lawatan kerja rasmi ke universiti itu hari ini.

“Kerajaan MADANI akan pastikan anak-anak miskin di AIMST University diberi jaminan bantuan pengajian – peruntukan tambahan RM1 juta..” Katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Program turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Canselor dan Pengerusi AIMST University merangkap Presiden MIC, Tan Sri Dr. SA Vigneswaran.

Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu pendidikan dan ia menjadi keutamaan sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sumber berita: RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *