
PUTRAJAYA, 25 Mei 2026 – Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menganjurkan Taklimat Krisis Bekalan Global di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana bagi meningkatkan kesedaran serta persiapan kendiri warga Pentadbiran Am JPM dalam menghadapi cabaran ekonomi dan ketidaktentuan global semasa.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Mohd Faidz bin Sanusi, Ketua Komunikasi Korporat, JPM dengan memberi penekanan terhadap isu semasa melibatkan gangguan rantaian bekalan global, ketidaktentuan geopolitik, perubahan iklim serta kesannya kepada kestabilan harga, keselamatan makanan dan kesejahteraan rakyat.
Program ini turut memberi pendedahan mengenai kepentingan kesiapsiagaan, komunikasi berkesan serta kerjasama strategik dalam memastikan negara kekal berdaya tahan mendepani sebarang cabaran pada masa hadapan.
