πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π“π„π‘π‰π€πŒπˆππ€π πŒπ€πŠπ€ππ€π π‘π€π’πŒπˆπŠπ€π π†π€π‘πƒπ„ππ“πŽππˆπ€, ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π πŠπ„ππ”ππˆπ“πˆ

PUTRAJAYA, 25 MEI 2026 –
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini merasmikan Gardentopia di Rooftop Podium 1, Aras 5, Wisma Tani, Putrajaya. Inisiatif ini memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara melalui penglibatan komuniti dan juga kakitangan awam. Gardentopia ialah Pusat Informasi Pertanian Kebuniti berkonsepkan rooftop garden yang dibangunkan Jabatan Pertanian melalui KPKM. Ia berfungsi sebagai pusat rujukan dan hab latihan pertanian bandar bagi mengoptimumkan aktiviti kebun edibel di ruang terhad.

Menurut
Menteri, pertanian bandar adalah langkah strategik mendepani inflasi makanan dan gangguan bekalan. Ia turut menggalakkan rakyat hasilkan makanan sendiri secara lestari untuk jimat kos sara hidup, selari dengan Kempen KENDIRI berslogan β€œTanam Apa Yang Kita Makan, Makan Apa Yang Kita Tanam”.

Gardentopia dilengkapi teknologi mesra ruang seperti sistem fertigasi meja, hidroponik vertikal, Tower Vertical Hydroponic, zon herba dan kotak kompos. Tanaman termasuk salad, kangkung, cili, serai dan bayam Brazil. Konsep Garden to Table turut diterapkan bagi penggunaan hasil segar terus dari kebun.

Pembangunan ini meneruskan transformasi pertanian bandar melalui Program Pengukuhan dan Kemampanan Komuniti Pertanian 2026-2030 dengan peruntukan RM30 juta.

Jabatan Pertanian berharap Gardentopia menjadi model rujukan yang dapat diperluas ke komuniti dan kawasan perumahan demi memastikan bekalan makanan negara Cukup dan Terjamin.

Turut hadir, Dato’ Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan juga Agensi.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *