
20 Mei 2026
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan inisiatif baharu pembaharuan
lesen perniagaan sehingga maksimum tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026 sebagai
langkah memperkukuh ekosistem perniagaan bandar raya yang lebih mesra pelanggan,
efisien dan progresif. - Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan membantu komuniti perniagaan menghadapi cabaran
ekonomi semasa di samping memberi kepastian yang lebih baik dalam aspek perancangan
operasi, pengurusan kewangan dan pembiayaan perniagaan bagi tempoh jangka sederhana
serta panjang. Pendekatan baharu ini juga selaras dengan usaha DBKL mempertingkat
sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, fleksibel dan responsif kepada
keperluan warga kota serta komuniti perniagaan. - Melalui pelaksanaan ini, tempoh sah laku lesen perniagaan bagi permohonan pembaharuan
lesen yang berstatus lulus tetap boleh dipanjangkan daripada satu tahun kepada dua atau
tiga tahun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk pelesen tidak mempunyai
sebarang kompaun atau tunggakan bayaran sewa dengan DBKL. - Antara kategori sektor perniagaan yang layak dipertimbangkan bagi pembaharuan lesen
sehingga tiga tahun adalah seperti berikut:
- Premis Pejabat
- Bengkel dan Kejuruteraan
- Lain-lain Perniagaan
- Penternakan dan Pertanian
- Gudang / Stor / Penyimpanan
- Hotel
- Pembuatan / Pengilangan / Perindustrian
- Makanan dan Minuman
- Tred dan Perniagaan
- Sebagai galakan kepada para pelesen, DBKL turut menawarkan insentif potongan kadar fi
lesen bagi pembaharuan lesen pelbagai tahun iaitu 5% untuk tempoh dua tahun dan 10%
bagi tempoh tiga tahun.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada hampir sekitar 95,000
pelesen di Kuala Lumpur.
- Pelaksanaan pembaharuan lesen pelbagai tahun ini dijangka dapat mengurangkan beban
urusan pembaharuan tahunan, menjimatkan masa serta kos pematuhan selain
meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti perniagaan.
Pada
masa sama, pendekatan ini turut membolehkan DBKL memberi tumpuan lebih efektif
terhadap sektor dan aktiviti perniagaan yang memerlukan pemantauan serta semakan
tahunan secara lebih menyeluruh berdasarkan keutamaan penguatkuasaan dan pematuhan
semasa.
- DBKL komited untuk terus menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan perlesenan
yang lebih moden dan berdaya saing selaras aspirasi Kuala Lumpur yang mesra perniagaan
serta kondusif untuk pertumbuhan ekonomi. - Sebarang maklumat lanjut mengenai pembaharuan lesen pelbagai tahun ini boleh dilayari
menerusi portal eLesen DBKL di https://elesen.dbkl.gov.my.
HANNAH YEOH
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(WILAYAH PERSEKUTUAN)
