PMX santuni warga PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
17 MEI 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim santuni warga PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau bagi melihat sendiri keadaan kehidupan rakyat serta mendengar secara langsung denyut nadi, keluh kesah dan keperluan sebenar mereka di lapangan.

“Saya turut menjelaskan langkah yang sedang dan telah diusahakan Kerajaan MADANI dalam mendepani cabaran krisis bekalan serta tekanan kos sara hidup supaya rakyat terus mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak dibiarkan memikul beban ini bersendirian,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau juga sempat berbual bersama para penghantar makanan p-hailing mengenai cabaran harian yang mereka tempuhi dalam mencari rezeki.

KE MESYUARAT MTEN

Perkara ini akan beliau bawa ke mesyuarat MTEN bagi meneliti ikhtiar terbaik untuk terus membantu golongan pekerja gig.

Jelas Anwar sebagai langkah segera demi keselesaan dan kebajikan penduduk di PPR Taman Desa Mutiara, beliau mengumumkan peruntukan RM1 juta.

Selain itu beliau meminta Ahli Parlimen Tebrau bersama wakil penduduk menyelaras segera keutamaan dan keperluan paling mendesak agar pelaksanaannya dapat dipercepat dan manfaatnya benar-benar dirasai. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *