


Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 MEI 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bersama masyarakat Cina di Parlimen Tambun menerusi sesi minum petang di sebuah restoran di Chemor dalam suasana santai, mesra dan penuh muafakat sebelum mengakhiri lawatan ke Ipoh hari ini.
“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu setempat, semasa dan global, termasuk pentingnya memelihara keamanan, memperkukuh panduan perpaduan serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat tatkala dunia berdepan cabaran seperti krisis tenaga global dan pergolakan di Asia Barat mutakhir,” kata beliau dalam hantaran di FB hari ini.
Terdahulu Anwar turut beramah mesra serta bergambar kenangan bersama komuniti setempat, para peniaga dan pelbagai lapisan masyarakat yang hadir memeriahkan pertemuan tersebut. – JM
