Bekalan minyak negara stabil, tidak perlu catuan

SENDAYAN, 15 Mei โ€“ Bekalan minyak dan gas negara masih stabil tanpa perlu ada catuan penggunaan, hasil pengurusan baik syarikat petrolium negara serta dasar ekonomi yang cekap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kestabilan itu dicapai menerusi pengurusan syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), yang baik selain pentadbiran kerajaan yang sentiasa menerima teguran untuk melakukan penambahbaikan.

โ€œBelum perlu ada catuan, belum perlu berbaris, belum perlu dilarang penggunaan kenderaan. Maksudnya bekalan masih cukup kerana pengurusan Petronas yang baik, dasar ekonomi yang baik dan pentadbiran di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara yang menjamin kepantasan serta kecekapan,โ€ katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan turut mengambil langkah proaktif bagi memastikan jaminan bekalan tenaga negara terus kukuh pada masa hadapan.

Menurut beliau, pegawai kerajaan telah dihantar ke beberapa negara di Afrika dan Amerika Latin bagi meneroka peluang baharu dalam sektor minyak dan gas.

Selain itu katanya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik turut ke Turkmenistan bagi mencari peluang mendapatkan telaga minyak dan gas baharu.

โ€œData dan kekuatan Malaysia terus diberikan perhatian serta keutamaan oleh banyak negara.n Alhamdulillah, Malaysia kini berada pada tahap dihormati di peringkat antarabangsa,โ€ katanya.

Sumber : RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *