Sukan SEA 2027: Wartawan sukan galas peranan penting

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Wartawan sukan memainkan peranan penting menjelang penganjuran Sukan SEA 2027 yang bakal menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, kerjasama erat antara media dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu terus diperhebat bagi memastikan perkembangan sukan negara disalurkan kepada rakyat.

β€œIni khususnya dalam kita menghadapi temasya yang akan datang bukan sahaja di peringkat antarabangsa ataupun di luar negara tetapi juga temasya yang akan dianjurkan, kita sebagai tuan rumah sendiri iaitu Sukan SEA 2027,” katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis Anugerah SAM 2025 di ibu negara.

Menurutnya, KBS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan wartawan sukan dalam membincangkan pelbagai keperluan termasuk pembangunan atlet, penganjuran kejohanan dan usaha memperkasakan industri sukan negara secara keseluruhan.

Sementara itu, majlis Anugerah SAM 2025 turut menghimpunkan pengamal media sukan tempatan selain meraikan atlet dan wartawan cemerlang menerusi pelbagai kategori anugerah yang dipertandingkan sepanjang tahun lalu.

Sumber – RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *