𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚. 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗛𝗔𝗠𝗜, 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡

PUTRAJAYA, 13 Mei 2026 — Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan bahawa pelaksanaan MyKad Struktur Baharu dilaksanakan secara berfasa, teratur dan sistematik tanpa menjejaskan kebajikan rakyat.

💬 “KDN komited memastikan keselamatan identiti rakyat terus diperkukuh tanpa mengabaikan kebajikan dan keperluan rakyat.”
~𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗡𝗮𝘀𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹, Menteri Dalam Negeri.

Kerajaan memahami kebimbangan rakyat khususnya golongan rentan yang bergantung kepada bantuan kerajaan setiap bulan. Justeru, proses migrasi sistem dan penambahbaikan keselamatan identiti negara dilakukan dengan pendekatan people-centric serta mesra rakyat.

Penyaluran bantuan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa, manakala semua maklumat identiti rakyat kekal dilindungi menerusi teknologi keselamatan yang lebih moden dan kukuh.

Lebih 20 juta rakyat Malaysia menggunakan MyKad sebagai identiti rasmi negara dalam pelbagai urusan harian termasuk akses kepada bantuan dan perkhidmatan kerajaan.

MyKad Struktur Baharu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keselamatan negara sambil memastikan rakyat terus diutamakan dan dilindungi.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), 13 Mei 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *