
Wartawan JM
4 MEI 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan anggota Bomba bukan sahaja menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah berperanan besar dalam mengurangkan kerugian yang ditanggung negara.
Beliau berkata dengan kepantasan serta kecekapan anggota bomba dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab juga telah berjaya meminimumkan kerosakan.
“Sekaligus ia menyokong kelangsungan pembangunan dan kesejahteraan negara,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Jelas beliau semoga seluruh anggota bomba dan penyelamat sentiasa dilindungi, dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam memikul amanah, serta terus diberi kecekalan dalam berbakti tanpa jemu. – JM
