PBB kecam serangan di Lubnan

LONDON, 19 April – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, mengecam serangan di selatan Lubnan yang mengorbankan seorang anggota tentera Perancis serta mencederakan tiga yang lain ketika mereka menjalankan kerja pembersihan jalan.

Menerusi hantaran di platform media sosial X, Guterres menggesa semua pihak supaya menghormati pemberhentian permusuhan dan gencatan senjata, selain menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, rakan serta rakan sekerja anggota pengaman yang terkorban.

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) memaklumkan tiga lagi anggota pasukan pengaman cedera dalam serangan itu, termasuk dua yang parah.

Menurut UNIFIL dan pegawai Perancis, serangan berkenaan dipercayai dilakukan oleh kumpulan Hezbollah yang disokong Iran.

UNIFIL mula ditempatkan di Lubnan pada 1978 dan terus beroperasi sepanjang beberapa konflik, termasuk perang pada 2024 yang menyaksikan kedudukan pasukan pengaman itu berulang kali menjadi sasaran tembakan.- REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *