PIALA MALAYSIA : KUCHING CITY FC MELANGKAH KE FINAL

KUCHING, 19 April – Kuching City FC cipta sejarah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2025/2026.

The Cats mengesahkan slot ke final selepas tewaskan Selangor FC menerusi kelebihan agregat 2-1.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Negeri Sarawak malam tadi, Kuching City FC menjinakkan skuad Gergasi Merah dengan keputusan 1-0.

Petrus Shitembi muncul wira The Cats selepas berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit ke-31.

Turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan tuan rumah ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kuching City FC akan bertemu Johor Darul Ta’zim di perlawanan akhir bertempat di Stadium National Bukit Jalil, 23 Mei ini.

Sumber : RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *