300 PEMBANTU WARDEN DILANTIK,
KESELAMATAN SEKOLAH BERASRAMA DITINGKATKAN

Kementerian Pendidikan (KPM) ingin memaklumkan, bermula 1 April 2026
seramai 300 Personel MySTEP Pembantu Warden Asrama (MyPWA) telah
dilantik untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama seluruh negara.

Inisiatif MyPWA diperkenalkan bagi meningkatkan tahap keselamatan
di sekolah berasrama, serta pada masa sama membantu mengurangkan
beban tugas guru.

MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan
waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan
murid asrama dapat terus diperkukuhkan.

Pelaksanaan inisiatif MyPWA akan terus diperluaskan sebagai salah satu
ikhtiar yang selari dengan agenda reformasi keselamatan di semua institusi
pendidikan bawah kelolaan KPM.

Ia juga bertepatan dengan Rancangan
Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menggariskan keperluan
untuk guru mata pelajaran memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

TAMAT

FADHLINA SIDEK
MENTERI PENDIDIKAN
8 APRIL 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *