
7 April 2026
PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa salah satu daripada tujuh (7) buah kapal komersial milik
Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz berikutan perkembangan situasi di Asia Barat, telah diberikan
laluan selamat dan kini sedang menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.
Pencapaian positif ini adalah hasil penglibatan diplomatik peringkat tinggi, termasuk perbualan telefon
yang konstruktif pada 26 Mac 2026 antara YAB Datoβ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, dan TYT
Masoud Pezeshkian, Presiden Republik Islam Iran, serta diantara YB Datoβ Seri Utama Haji Mohamad
bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, dan TYT Abbas Araghchi, Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran,
pada 24 Mac 2026.
Malaysia kekal komited terhadap prinsip kebebasan navigasi dan keselamatan dalam laluan maritim,
selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Malaysia juga menegaskan semula kepentingan dialog
berterusan dan penglibatan diplomatik dalam menangani cabaran serantau untuk mengekalkan.
Putrajaya
7 April 2026
