𝐏𝐆𝐀 π‘π€πŒππ€π’ π’πˆπ’π€ π„π‹π„πŠπ“π‘πŽππˆπŠ, ππ„π‹ππ€π†π€πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π‘ππˆπ‹π€πˆ π‘πŒπŸπŸ– 𝐉𝐔𝐓𝐀

6 April 2026

Perak Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta merampas sisa elektronik (e-sisa) dan pelbagai peralatan bernilai kira-kira RM18 juta dalam serbuan ke atas kilang haram yang memproses bahan itu di Kampung Kepayang, di Gopeng awal pagi tadi.

Komander Briged Utara PGA SAC Balveer Singh Mahindar Singh berkata serbuan pada 7 pagi itu dilaksanakan menerusi Ops Hazard Mega 3.0 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, dan Ketenteraman Awam dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Imigresen Malaysia.

β€œSiasatan awal mendapati kilang ini menjalankan operasi sebagai sebuah kilang haram yang telah beroperasi kira-kira empat tahun lepas dengan mendapatkan bekalan bahan sisa elektronik yang diperoleh dari luar negara.

β€œPelbagai sisa elektronik yang dibawa masuk akan dihancurkan dan diasingkan mengikut kategori bahan logam lain sebelum dihantar ke kilang pelebur berhampiran untuk diproses menjadi bongkah logam,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Gopeng hari ini.

Beliau berkata sebanyak 26 individu ditahan membabitkan 17 warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki dan enam wanita serta sembilan lelaki warga India masing-masing berusia antara 18 hingga 49 tahun.

πŸ“Έ Farhan Najib | BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *