YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS ‘QSR BRANDS KONGSI BERSAMA DALAM USAHA MEMBANTU PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN’

30 Mac 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Majlis QSR Brands Kongsi Bersama Dalam Usaha Membantu Pelajar Kurang Berkemampuan di M Hotel, Kuala Lumpur, hari ini (30 Mac).

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutuf merangkap Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd. dan barisan pengurusan tertinggi QSR Brands.

Turut hadir, YB Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi.

Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan penyerahan plak ikrar komitmen RM1 juta daripada Nehchal kepada penerima institusi terpilih, antaranya Sekolah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru (Sekolah Rintis Bangsa Johor) dan Pusat Jagaan Baitul Sakinah, Selangor.

Nehchal dalam ucapannya berkata ‘QSR Brands Kongsi Bersama terinspirasi daripada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong yang menjadikan usaha memberi kembali kepada masyarakat dan menyokong pembangunan negara sebagai keutamaan, walaupun dalam waktu yang mencabar, kerana itulah jati diri kami’.

‘Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pendidikan dan kebajikan dengan menyediakan asas yang lebih kukuh kepada pelajar-palajar serta peluang bermakna untuk memperbaiki kehidupan mereka’. Katanya.

QSR Brands (M) Holdings Bhd (“QSR Brands”) merupakan jenama rangkaian makanan terkemuka yang mengendalikan KFC dan Pizza Hut Malaysia.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *